NADI Mahir Jahit Minggu 9
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025 (Sabtu) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-9. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu ini, pengajar telah membuat perkongsian tentang cara memotong fabrik kurung moden. Peserta mencuba sendiri cara membuat ukuran dan mendraf pola kurung moden.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: